pernah ditanya.
oleh seorang pemuda.
apa itu 'bahagia'?
.
tika itu.
aku hanya mampu membisu.
kerana tatkala itu.
aku juga masih buntu.
.
heh.
muncul pelbagai jawapan.
oleh pendengar yang lain.
"bahagia ni bila kita tengok orang yang kita sayang bahagia."
itu antara yang aku ingat.
nahhh.
jawapan yang cliche.
.
coretan ini.
pemuda itu baca atau tidak.
aku tidak pasti.
biarlah ia kekal di sini.
sebagai bukti.
jawapan kepada soalan yang tergantung setelah sekian lama.
.
hmm.
mungkin...
bahagia tu bila...
dapat semua yang kita nak?
dapat kahwin awal?
dapat duit banyak?
.
okay.
aku cuba serius kali ni.
ada satu hadis.
"dalam diri anak adam ada seketul daging. baik daging tu, baiklah seluruhnya. buruk daging tu, buruk juga seluruhnya."
apa daging tu?
daging tu... hati. ya, HATI.
.
kayakan hati.
bahagia akan terasa.
dengan izin-Nya.
.
bagaimana?
dalami ilmu agama.
selalu ingat Dia.
bergantung hanya pada-Nya.
buat baik.
tidak meratapi yang lepas.
lihat kelebihan dalam kekurangan.
tidak terlalu mengharapkan penghargaan manusia.
.
sungguh,
hati yang kaya.
sentiasa bahagia.
